Tuesday, April 14, 2020

Teknik berasaskan pendekatan afektif


        Teknik berasaskan pendekatan afektif berkaitan dengan sikap, moral, etika,  akhlak dan emosi. Teknik ini digunakan untuk membantu seseorang individu mengatasi ketegangan dan memberi satu kesan atau perubahan dalam diri sendiri. Teknik pendekatan afektif merujuk kepada teknik berbual kosong untuk melakukan perubahan terhadap orang lain. Ia berkait rapat dengan hubungan timbal balik yang terjalin antara pelajar dengan guru penasihat yang akan berpengaruh terhadap sikap pelajar yang akan terbentuk sebagai hasil dari kegiatan penasihatan.

    Antara teknik yang dicadangkan ialah teknik kerusi kosong dan latihan raptai. Teknik kerusi kosong dan latihan raptai merupakan teknik yang diketahui dalam terapi Gestalt. Frederick Salomon Pearls telah memperkembangkan terapi berpandukan psikologi Gestalt yang diasaskan oleh Max Wertheimer dan Wolfgang Kohler. Dasar terapi Gestalt adalah bahawa individu-individu mampu menangani masalah-masalah sendiri dalam kehidupan secara efektif. Tugas utama terapi Gestalt adalah membantu klien agar mengalami sepenuhnya keberadaannya sekarang dengan menyedarkannya atas tindakannya mencegah diri sendiri merasakan dan mengalami saat sekarang.

Gambar Frederick Salomon Pearls 

    Teknik kerusi kosong adalah cara konfrontasi dan campur tangan enakmen yang melibatkan kerusi kosong yang boleh mewakili mana-mana orang penting dalam kehidupan mereka termasuk diri mereka sendiri. Ini merupakan konflik antara kedua-dua personaliti yang tersimpan dalam diri dari mekanisma introjeksi yang melibatkan kemasukan aspek orang lain. Ia membolehkan pelanggan menjadi sedar tentang bagaimana tingkah lakunya mungkin mempengaruhi orang lain dan bagaimana dia dapat melihatnya dari perspektif orang lain. Ia sebenarnya membantu klien mendapatkan pandangan dan kejelasan dengan menjalankan kaedah ini berkaitan dengan isu atau masalah. Teknik kerusi kosong dapat membantu klien mengeluarkan introjeksi yang ada dalam dirinya. Dengan menggunakan dua kerusi, terapi akan menyuruh klien menjadi personaliti top dog dan under dog. Dengan itu, introjeksi dapat timbul dan klien dapat mengalami konflik itu. Konflik ini dapat diselesaikan dengan klien menerima dan menginterasi kedua-dua personaliti ini.



   Terapi Gestalt berpendapat bahawa dalam kehidupan seseorang individu sering melakukan raptai atau latihan dalam dirinya secara senyap dengan tujuan untuk menyusun segala tindakan yang bersesuaian dan diterima oleh masyarakat. Sebagai contoh, apabila kita hendak menyampaikan ucapan di atas pentas, kita akan mengalami katakutan dan bimbang akan persembahan dan penyampaian yang tidak sempurna. Latihan raptai secara dalam dapat memberi kesediaan dan keberanian kepada klien untuk meletakkan diri dalam persekitaran yang baru.  Apabila klien meraptai dirinya semasa manjalankan terapi, klien akan dapat mengetahui persiapan-persiapan yang perlu dibuat sebelum meraptaikannya. Klien juga akan lebih mengetahui kaedah yang dikehendaki untuk memenuhi ekspektasi, disukai dan diterima oleh orang lain.




Rujukan

No comments:

Post a Comment

Teknik berasaskan pendekatan afektif

          Teknik berasaskan pendekatan afektif berkaitan dengan sikap, moral, etika,  akhlak dan emosi. Teknik ini digunakan untuk memban...